|
TABUNG KHAIRAT Sesungguhnya Allah swt menuntut kita agar memperuntukkan sebahagian harta buat mereka yang memerlukan dan jangan takut pada kehabisan harta. Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang bermaksud: “syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurnianya. Dan (ingatlah), allah maha luas limpah rahmatnya, lagi sentiasa meliputi pengetahuannya. “Tabung Khairat telah diwujudkan pada Januari 2006 oleh Komuniti Melayu Singapura dan Malaysia yang menetap di Toronto. Terdapat lebih kurang 16 keluarga yang menjadi anggota Koperasi Tabung Khairat. Tujuan tabung ini ialah merancang, menjalankan, mengawal dan mengumpul wang bagi memberi bantuan kepada keluarga atas sebab anggota Koperasi atau pasangan atau ibu bapa atau anak – anak di bawah tanggungan meninggal dunia. Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi daripada caruman yang diterima daripada anggota setiap bulan sebanyak CDN$10.00 sebulan. KELAB UMNO KANADA sedang menunggu kelulusan untuk membantu Tabung Khairat yang telah sedia ada.
|