|
Kelab UMNO Kanada ditubuhkan pada 6hb Disember 2006 di Toronto dengan usaha Pengerusi Pertama Kelab UMNO Kanada, Encik Zainuddeen Abdul Aziz dan Penasihat Pro Tem Kelab UMNO Kanada , Pro. Datuk Dr. Makhdzir Mardan. Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi pertama yang dilantik terdiri daripada Melayu Malaysia, Melayu Singapura dan Melayu Kanada. Surat Rasmi untuk mendapatkan kelulusan penubuhan Kelab tersebut telah di hantar kepada Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara pada 6hb Januari 2007. Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara telah meluluskan permohonan Kelab UMNO Kanada pada 15hb Ogos 2007. Sejurus selepas mendapat kelulusan, satu persidangan telah diadakan pada 7hb September 2007. Persidangan tersebut bejaya mencapai matlamat-matlamat berikut: 1. Mendaftar rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi Ahli. 2. Menggantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang bukan warganegara Malaysia seperti yang telah tertakluk dalam Perlembagaan. Sekretariat menyatakan bahawa hanya warganegara Malaysia sahaja yang boleh menjawat jawatan dalam Jawatankuasa Tertinggi Kelab. Kaum Melayu yang bukan warganegara Malaysia boleh menjadi Ahli Kelab UMNO Kanada tetapi tidak akan di berikan hak mengundi atau menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab. 3. Mengisi jawatan-jawatan kosong dalam Ahli Jawatankuasa Tertinggi. 4. Memberi maklumat tentang Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara dan Kelab UMNO Kanada. 5. Memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. 6. Mengadakan upacara berbuka puasa. Kelab UMNO Kanada telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut semenjak mendapat kelulusan: 1. Menghantar wakil ke perlancaran Visit Malaysia 2007 di Toronto, Ontario yang dianjurkan oleh TDC dan Kementerian Pelancungan Malaysia. Upacara tersebut di rasmikan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 2. Mengambil bahagian dalam acara-acara berbuka puasa dan Hari Raya yang dianjurkan oleh keluarga-keluarga Melayu di Toronto dan Ottawa. 3. Mengadakan perjumpaan dengan Persatuan-Persatuan Melayu yang lain di Kanada seperti Sri Lanka Malay Association of Toronto, Indonesian Community In Canada dan South Africa Malay Society. Kaum Melayu ini akan di jemput untuk menghadiri semua aktiviti-aktiviti Kelab. 5. Melantik Juruodit dan Penasihat Undang-undang bagi memudahkan pendaftaran Kelab dan mematuhi undang-undang Kanada dalam penubuhan Kelab. 6. Melantik wakil-wakil Kelab UMNO di Ottawa, London, Guelph, Waterloo, Hamilton, Calgary dan Edmonton. Kami mempunyai 60 ahli setakat ini dan kami amat optimistik akan mendapatkan sebanyak 400 ahli sebelum akhir tahun 2008.
|