Thursday, 09 September 2010
Login Ahli





Lost Password?
No account yet? Register
Menu Utama
Laman Utama
Perutusan Pengerusi
Perlembagaan Kami
Aktiviti 2009
Berita Nasional
Persiapan Ke Kanada
Borang Pengiklanan
Sajak & Pantun
Learn Malay!
Laporan Perhimpunan 2009
Untuk Ahli Sahaja
Galeri Gambar
Forum
Agenda Mesyuarat
Minit Mesyuarat
LIVE Conference
Hantar Artikel!
Hantar Weblink!
Laman Khas
Laman UMNO
Laman Akhbar
Laman Kerjaya
Laman Usahawan
Laman Penaja
Laman Kerajaan
Laman Bicara Agama
Laman Sukarelawan
Laman M'sian Association
Laman Info Kanada
Laman M'sia Di Media
Laman Seminar
Melayu Di Kanada
Melayu Afrika Selatan
Melayu Brunei
Melayu Filipina
Melayu Indonesia
Melayu S'pura/M'sia
Melayu Sri Lanka
Melayu Thailand
Pautan Malaysia
Kelab Komuniti Kanada
Kelab Komuniti USA
Kelab Pelajar M'sia(CDN)
Kelab Pelajar M'sia(USA)
Pautan Agama
ISNA
Islamic-Finder
Minda Mufti
BicaraMuslim.com
Tabung Khairat
Menu Sekretariat
Informasi Pendaftaran
No. Akaun Bank
Belanjawan 2008
Senarai Ahli-Ahli
Laporan Aktiviti
Syndicate

anda di sini | you are here: Laman Utama


"Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan Komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di Balai Polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem bertajuk Bukit Kepong menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara."

 

Popular
Artikel Terkini
KELAB UMNO KANADA MENGHADIRI PROGRAM “BICARA ANAK MERDEKA” PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 07 September 2009

 

UMNO tidak perlu kepada penjenamaan semula sebaliknya hanya perlu diperkenalkan semula kepada generasi muda yang tidak mengenali sejarah perjuangan parti itu yang amat berkait rapat dengan pembentukan negara bangsa dan mempertahankan Islam.

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa mengadakan program Bicara Anak Merdeka bersama-sama dengan sekumpulan anak-anak muda di Cafe Merdeka, Aras 4 Pusat Dagangan Dunia Putra. Khairul Harun telah mewakili KELAB UMNO KANADA ke program tersebut.

Sambil mengimbau sejarah panjang perjuangan UMNO, beliau mengakui antara punca generasi muda hari ini dikatakan menjauhkan diri mereka dengan UMNO dan kerajaan kerana mereka tidak diingatkan secara berterusan sejarah perjuangan UMNO dan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ini jelasnya, ditambah pula dengan persepsi buruk yang dilemparkan terhadap UMNO oleh pembangkang sehingga mempengaruhi sikap anak-anak muda terhadap parti itu dan kerajaan.
“Saya akui ada kesalahan dan kesilapan yang berlaku dan membabitkan pemimpin. Tapi itu orang bukan parti. Parti ini telah banyak berjasa dan janganlah hukum parti ini,” ujar beliau. 

Datuk Seri Tengku Adnan turut memberikan gambaran bagaimana usaha terancang dibuat untuk melemahkan UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN).

"UMNO yang lemah akan melemahkan BN. Jika UMNO berjaya dilemahkan, orang Melayu pula berpecah kepada beberapa kumpulan politik, dikhuatiri kita tidak akan dapat mencapai kestabilan politik seperti yang kita nikmati selama ini.

"Saya bukan cuba menakutkan anda semua agar menyokong UMNO tetapi berdasarkan senario dan kematangan saudara saudari, saya yakin semua boleh berfikir dan membuat pertimbangan yang wajar. Bagi saya nak baca blog, bacalah tapi pada akhirnya fikirlah secara waras," tambahnya.

Dalam program yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu, selain melontarkan secara terbuka isu-isu semasa yang berlaku termasuk yang membabitkan UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan turut membuka ruang kepada anak-anak muda yang hadir untuk melontarkan pandangan dan soalan mereka.

Daripada persoalan yang diajukan, apa yang jelas, perkara-perkara yang dibangkitkan adalah soal-soal persepsi masyarakat selama ini terhadap UMNO yang sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Bermula daripada persepsi UMNO kini tunduk kepada desakan bukan Melayu hinggalah kepada soal isu-isu yang banyak dibangkitkan melalui internet, semuanya dilontarkan secara terbuka dan dijawab secara terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO itu.

Menariknya selepas majlis tersebut, beberapa orang yang hadir ketika ditemui mengakui selama ini mereka tidak mendapat penjelasan yang langsung berhubung dengan isu-isu yang berlaku. –
Last Updated ( Wednesday, 07 October 2009 )
 
< Prev   Next >
Visit Malaysia
Malaysiaku....
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
Kalendar
Polls
Setuju dgn keputusan Menteri Pendidikan utk tdk meneruskan pembelajaran sains & matematik dlm BI?
 
Pautan
Maklumat penting kepada yang akan mengunjungi/menetap ke Kanada



 
Statistik
Members: 121
News: 152
Web Links: 5
Ahli Online
We have 17 guests online
Jumlah Pelawat


Hosted for UMNO Kanada by Floam