|
Majlis Penyampaian Sijil Keahlian |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 December 2009 |
|
Majlis Penyampaian Sijil Keahlian telah diadakan untuk ahli-ahli KELAB yang sedang menuntut di University of Toronto pada Hari Jumaat, 4hb Disember, 2009 di Toronto, Ontario. Di samping penyampaian Sijil Keahlian, ramai pelajar-pelajar baru yang hadir di majlis berkenaan juga telah mengambil kesempatan untuk meyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli KELAB.
Sijil Keahlian telah disampaikan oleh Pengerusi KELAB, Encik Zainuddeen Bin Abdul Aziz. Berbagai jenis makanan telah dihidangkan untuk santapan semua pelajar yang hadir. Pelajar-pelajar bukan sahaja dapat menikmati makanan enak yang disediakan, malah juga telah berpeluang mendengar ceramah agama kerana majlis ini diadakan pada waktu yang sama dengan Usrah Mingguan. Upacara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha, Bendahari dan ahli-ahli KELAB. Di kesempatan ini, KELAB ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ahli yang hadir terutamanya Sharazul Mohd Salleh, Mustaqiim Mohd Abidin, Safuan Bin Ahmad Nadzri dan Ariff Bin Makhdzir yang telah membantu menjayakan majlis ini. |
|
Last Updated ( Monday, 14 December 2009 )
|