|
DUA PELAJAR MALAYSIA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 15 December 2009 |
|
Dua pelajar Malaysia yang juga Ahli KELAB UMNO KANADA bersama-sama dengan seorang lagi rakan mereka daripada negara asing berjaya menduduki tempat kedua daripada tiga-puluh pasukan lain dalam pertandingan Student Design Competition yang diadakan buat pertama kali bagi semua pelajar-pelajar Tahun Tiga Kejuruteraan Mekanikal di University of Toronto, Kanada pada 3hb Disember, 2009. Pertandingan itu adalah salah-satu daripada projek untuk semua pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran ME 301 -Kinematics and Dynamics of Machines yang diajar oleh Professor W.L. Cleghorn. Matapelajaran tersebut adalah matapelajaran wajib untuk semua pelajar-pelajar Tahun Tiga Kejuruteraan Mekanikal. Sharazul Mohd Salleh daripada Terengganu dan Mustaqim Mohd Abidin daripada Kedah adalah pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Kejayaan cemerlang kedua-dua anak Malaysia ini amat membanggakan dan diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar Malaysia yang lain di Kanada.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 15 December 2009 )
|