|
Kami bercadang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berikut sepanjang tahun 2009: 1. Merancang untuk mengadakan lawatan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin serentak dengan perjumpaan (seminar dan aktiviti-aktiviti sukan) untuk semua pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di merata-rata tempat di Kanada. Kami masih berbincang tentang perkara ini dengan Puan Zalela (Education Attache, Kedutaan Malaysia di Ottawa, Ontario) dan Penasihat Kelab (Datuk Dr. Makhdzir Bin Mardan). 2. Mewakili MALAYSIA bersama-sama dengan Tourism Malaysia (Encik Haris Hadi, Vice President di Vancouver, BC) dan Kedutaan Malaysia (Encik Harun Che Su, Consul General) dalam mengambil bahagian dalam Pesta-Pesta Kebudayaan di Kanada. Kami bercadang memperkenalkan kebudayaan MALAYSIA dalam pesta-pesta tersebut. Pesta Kebudayaan yang akan disertai ialah seperti berikut: i. CARABRAM ii. CARAUSSAGA iii. ASEAN Festival iv. Festival of Arts & Culture v. Salute To Southeast Asia vi. World of Asia
3. Mengajur pertandingan Sepak-Takraw peringkat sekolah-sekolah di Toronto. Restoran Malaysia (www.restoranmalaysia.com) telah bersetuju untuk menjadi penganjur jika KELAB UMNO sudi menjalankannya. Kita sedang berbincang dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (Datuk Ahmad Ismail, Pengerusi) untuk menghantar seorang pengadil dan pemain kebangsaan. 4. Membantu Kedutaan Malaysia menganjurkan Merdeka Cup pada musim Panas (Bulan Ogos). Merdeka Cup ialah pertandingan sukan antara pelajar-pelajar Malaysia dari universiti-universiti di Kanada. 5. Menbuat Laman Web Rasmi KELAB UMNO KANADA (www.umnokanada.com) lebih canggih. 6. Mencari Penganjur untuk menayangkan Filem Melayu di pawagam-pawagam di Toronto, Vancover, Ottawa, Calgary dan Edmonton. Kami sedang berbincang dengan Restoran Malaysia (www.restoranmalaysia.com) dan Pengarah-Pengarah Filem di Malaysia. 7. Mengadakan pertunjukkan Batik Malaysia di Textile Museum of Canada di Toronto, Ontario pada bulan September 2009. 8. Mengadakan Kursus Kepimpinan bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Ottawa, Ontario pada bulan Julai 2009. 9. Mengadakan Program Pra-Penerbangan bersama-sama Sekretariat KELAB UMNO LUAR NEGARA untuk Pelajar-Pelajar Tajaan JPA, MARA dan Petronas yang akan melanjutkan pelajaran ke Kanada. 10. Mengadakan Career Day untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Toronto, Ontario. Career Day adalah program di mana Pelajar-Pelajar yang berminat untuk mencari pengalaman bekerja di Kanada untuk bertemu dengan pegawai-pegawai dari syarikat-syarikat terkemuka di Kanada. Kami masih mencari Penganjur-Penganjur untuk acara ini.
|