Thursday, 20 November 2008
Login Ahli





Lost Password?
No account yet? Register
Menu Utama
Laman Utama
Tentang Kami
Perutusan Pengerusi
Ahli Jawatankuasa
Perlembagaan Kami
Aktiviti 2008
Kalendar 2008
Berita Kelab
Berita Nasional
Daftar Online!
Galeri Gambar
Persiapan Ke Kanada
Borang Pengiklanan
Sajak & Pantun
Hubungi Kami
Buku Pelawat
Learn Malay!
Untuk Ahli Sahaja
Galeri Gambar
Forum
Agenda Mesyuarat
Minit Mesyuarat
LIVE Conference
Hantar Artikel!
Hantar Weblink!
Laman Khas
Laman UMNO
Laman Akhbar
Laman Kerjaya
Laman Usahawan
Laman Penaja
Laman Kerajaan
Laman Bicara Agama
Laman Sukarelawan
Laman M'sian Association
Laman Info Kanada
Laman M'sia Di Media
Laman Seminar
Melayu Di Kanada
Melayu Afrika Selatan
Melayu Brunei
Melayu Filipina
Melayu Indonesia
Melayu S'pura/M'sia
Melayu Sri Lanka
Melayu Thailand
Pautan Malaysia
Kelab Komuniti Kanada
Kelab Komuniti USA
Kelab Pelajar M'sia(CDN)
Kelab Pelajar M'sia(USA)
Pautan Agama
ISNA
Islamic-Finder
Minda Mufti
BicaraMuslim.com
Tabung Khairat
Menu Sekretariat
Informasi Pendaftaran
No. Akaun Bank
Belanjawan 2008
Senarai Ahli-Ahli
Laporan Aktiviti
Syndicate

anda di sini | you are here: Laman Utama


"Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan Komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di Balai Polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem bertajuk Bukit Kepong menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara."

 

Aktiviti Terdekat
  • 1hb Okt - Sembahyang Hari Raya Aidil-Fitri di Rogers Center, Toronto
  • 1hb Okt - Makan Tengahari Sempena Hari Raya Aidil-Fitri di Restoran Malaysia, Toronto
  • 3hb Okt - Sambutan Hari-Raya Aidil-Fitri anjuran MASAT
  • 4hb Okt - Rumah Terbuka Hari-Raya Aidil-Fitri, Kedutaan Malaysia, Ottawa
  • 10hb Okt - Aktiviti Sukan Bersama MASAT & MASAM
  • 18hb Okt - Mesyuarat Majlis Tertinggi Kelab Via Live Conference
  • 25hb Okt - Pemilihan Wakil Kelab ke Perhimpunan Agung Malaysia
  • 31hb Okt - Aktiviti Sukan Bersama MASAT & MASAM
  • AKAN DATANG....
Artikel Terkini
Laman utama / Berita Utama
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kelab UMNO Kanada
Friday, 18 January 2008

Selamat Datang Ke Laman Kelab UMNO Kanada. Kelab UMNO Kanada ditubuhkan pada 6hb Disember 2007 di Toronto dengan usaha Penasihat Pro Tem Kelab UMNO Kanada, Prof. Datuk Dr. Makhdzir Mardan. Read More...

Last Updated ( Sunday, 27 January 2008 )
 
Learn Bahasa Malaysia and About Malaysia!
Sunday, 27 January 2008

For Non Malay Speaking Users, Please Click The Banner Below:

Image

 

Last Updated ( Monday, 28 January 2008 )
 
Hari Raya di Hamilton
Wednesday, 19 November 2008

Pelajar-Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di McMaster University di Hamilton, Ontario telah mengadakan makan malam sempena Hari Raya Aidil-Fitri pada Hari Rabu, 1hb Oktober, 2008 di McMaster University Residence Hall, Hamilton, Ontario.

Semua warganegara Malaysia yang sedang menuntut di McMaster University di Hamilton, Ontario telah dijemput untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Bermacam-macam makanan MALAYSIA telah dihidangkan untuk santapan semua pelajar Malaysia yang hadir. Semua makanan disediakan oleh Restoran Malaysia (www.restoranmalaysia.com)

Upacara tersebut dimeriahkan juga dengan kehadiran Pengerusi dan Ahli-Ahli KELAB UMNO KANADA. 

Last Updated ( Wednesday, 19 November 2008 )
 
Hari Raya di Ottawa
Wednesday, 19 November 2008

Kedutaan Tinggi Malaysia di Ottawa telah mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil-Fitri pada Hari Sabtu, 4hb Oktober, 2008 di RUMAH MALAYSIA, 382 Mariposa Avenue, Rockliffe Park, Ottawa, Ontario daripada pukul 1 hingga 4 petang. RUMAH MALAYSIA ialah kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Kanada.

Semua warganegara Malaysia yang sedang menuntut, bekerja atau menetap di Toronto, Ottawa, Montreal, Quebec City, dan Kingston telah dijemput untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Bermacam-macam makanan dan kuih-muih tradisional MALAYSIA telah dihidangkan untuk santapan semua rakayat Malaysia yang hadir.

Upacara tersebut dimeriahkan juga dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Kok Soo Chon (The Malaysian Permanent Representative on the ICAO Council), semua Pegawai-Pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Ottawa (Encik Mohamed Hatimi Abbas, Encik Harun Che Su dan  Puan Rozallah Hashim,) dan Ahli-Ahli KELAB UMNO KANADA. 

Last Updated ( Wednesday, 19 November 2008 )
 
Hari Raya di Toronto
Wednesday, 19 November 2008

Pelajar-Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University of Toronto di Toronto, Ontario telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil-Fitri pada Hari Jumaat, 3hb Oktober, 2008 di University of Toronto, Toronto, Ontario.

Sambutan Hari Raya tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di University of Toronto (Malaysian Students Association of University of Toronto- MASAT).

Semua Pelajar-Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University of Toronto, University of Western Ontario, McMaster University dan Trent University telah dijemput. Malah, ramai rakyat Malaysia yang sedang berada di Toronto juga telah dijemput untuk memeriahkan sambutan tersebut.

Bermacam-macam makanan MALAYSIA telah dihidangkan untuk santapan semua pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Sambutan dimulakan dengan ucapan Penasihat dan Pengerusi MASAT dan dikuti dengan Pertunjukkan Pentas.

Para jemputan bukan sahaja dapat menikmati makanan-makanan yang disediahkan, malah meraka juga dihiburkan dengan berbagai-bagai pertunjukan pentas.

Upacara tersebut dimeriahkan juga dengan kehadiran Pengerusi dan Ahli-Ahli KELAB UMNO KANADA. KELAB UMNO KANADA telah menyumbangkan Satay dan Rendang Ayam untuk sambutan tersebut. KELAB UMNO KANADA ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada MASAT kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk mengambil bahagian dalam sambutan tersebut.  

Last Updated ( Wednesday, 19 November 2008 )
 
Hari Keputeraan Agong
Wednesday, 19 November 2008

Kedutaan Tinggi Malaysia di Ottawa telah mengadakan sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Hari Ahad, 3hb Ogos, 2008 di Vincent Massey Park di Ottawa, Ontario.

Lebih daripada 200 warganegara Malaysia yang sedang menuntut, bekerja atau menetap di Toronto, Ottawa, Montreal, Quebec City, dan Kingston telah dijemput untuk memeriahkan upacara sambutan tersebut.

Upacara dimulakan pada pukul 10:30 pagi dengan nyanyian lagu “Negaraku” oleh semua yang hadir. Diikuti dengan ucapan ringkas oleh  Encik Mohamed Hatimi Abbas (Acting High Commissioner of Malaysia). Ucapan ringkas tersebut diikuti dengan Makan Tengahari (makanan-makanan tradisional Malaysia), pertandingan permainan tradisional malaysia (tarik-tali, guni, etc.) dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Sambutan tersebut selesai pada pukul 4:00 petang.

Upacara tersebut dimeriahkan juga dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Kok Soo Chon (The Malaysian Permanent Representative on the ICAO Council), semua Pegawai-Pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Ottawa (Encik Harun Che Su dan Puan Rozallah Hashim,) dan Pengerusi KELAB UMNO KANADA. 

Last Updated ( Wednesday, 19 November 2008 )
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tuesday, 30 September 2008
 
Kutipan Derma Untuk Keluarga Noor Fadilah
Wednesday, 28 May 2008

 

Assalamualaikum,

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan dengan kehilangan seorang gadis, Noor Fadilah Ahmad, 18  yang dipercayai telah dilarikan oleh seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai Nasrudin, 28 dari Pasir Gudang, Johor ke Lombok Timur, Indonesia pada 3 September lalu.

Sehubungan itu, Sekretariat KULN yang turut prihatin terhadap gadis malang itu meminta kerjasama ahli-ahli KULN serta warga Malaysia di seluruh dunia bersama-sama membantu dengan membuat kutipan derma di tempat masing-masing bagi membolehkan bapa Noor Fadilah yang menghadapi masalah kewangan ke Indonesia untuk mencari anaknya. Wang kutipan derma tersebut bolehlah disalurkan ke akaun Sekretariat.

Di samping itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat bagi membantu usaha ini boleh menghubungi Sekretariat di talian 03-4044 7062 atau e-mel This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Kerjasama sdr/sdri amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Last Updated ( Tuesday, 30 September 2008 )
 
Global Malaysian Resume Bank Project
Wednesday, 07 May 2008

Assalamualaikum,
 
Dengan segala hormatnya saya ingin menjemput semua Kelab-Kelab UMNO untuk bergabung tenaga bagi menjayakan program kerjaya "Global Malaysian Resume Bank Project".
 
Secara ringkas, Kelab-Kelab UMNO di lokasi masing-masing akan mengumpulkan resume bakal-bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian untuk dikompilasikan dalam cakera DVD yang kemudiannya akan diedarkan ke syarikat-syarikat GLCs dan firma-firma multinasional di Malaysia.
 

Last Updated ( Wednesday, 07 May 2008 )
Read more...
 
Gerakan Postmortem PRU12
Wednesday, 07 May 2008

Assalamualaikum,
 
Pihak Sekretariat KULN (Kelab UMNO Luar Negara) meminta KELAB UMNO KANADA untuk memberikan kerjasama kepada gerakan postmortem PRU12. KELAB UMNO KANADA diminta menghantar sekurang-kurangnya satu laporan yang mewakili suara-suara ahli kelab selewat-lewatnya pada atau sebelum, 14 hb Mei 2008. Mana-mana pihak individu (warganegara MALAYSIA walaupun bukan Ahli KELAB UMNO KANADA) yang ingin memberikan pendapat serta kritikan membina dalam gerakan ini juga amat digalakkan.

Ini adalah bagi KULN membuat analisa dan postmortem PRU12 mengikut pandangan KULN dan para pelajar di luar negara. Usaha ini dapat membantu dan memperkasa lagi usaha-usaha mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Kerjasama dan maklumbalas segera amat diharapkan dan semoga segala usaha yang kita lakukan akan diberkati Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.


Pengerusi
KELAB UMNO KANADA

Last Updated ( Wednesday, 07 May 2008 )
 
Pasukan Sepak Takraw Malaysia Mengadakan Pertunjukkan di Kanada
Sunday, 20 January 2008

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Ismail (Presiden PSM) bersama-sama Datuk Arshad Yahya (Setiausaha Agung PSM), satu Jurulatih dan enam Pemain ke Kanada untuk mengadakan pertunjukkan. Rombongan tersebut berada di Kanada daripada 4hb November 2007 sehingga 16hb November 2007.

Last Updated ( Wednesday, 28 May 2008 )
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 14 of 20
Visit Malaysia
Malaysiaku....
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
Kalendar
Polls
Website UMNO Kanada adalah....
 
Pautan
Maklumat penting kepada yang akan mengunjungi/menetap ke Kanada



 

Statistik
Members: 31
News: 127
Web Links: 5
Ahli Online
Jumlah Pelawat


Hosted for UMNO Kanada by Floam